GEORGETOWN – Seorang pelajar tingkatan enam tidak sempat menghadiri
hari pertama persekolahannya bagi sesi 2013 apabila ditemui mati
dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Lebuh Tengku
Kudin 2, Gelugor di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi, Cheng Bing Her, 18, ditemui
oleh pengawal keselamatan dalam keadaan terbaring berlumuran darah
berhampiran kawasan tempat letak kereta.Siasatan awal polis mendapati
mangsa mungkin terjatuh dari biliknya apabila mendapati tingkap biliknya
itu berada dalam keadaan terbuka.
Menurut sumber, sebelum kejadian, ibu mangsa menegur dan menasihati
Bing Her agar menumpukan kepada pelajarannya dan fokus kepada
persekolahan yang bakal bermula.Sumber itu berkata, ketika kejadian
semua ahli keluarganya sudah tidur dan kejadian itu hanya disedari
selepas mendengar bunyi bising di bahagian bawah perumahan.
“Seorang penduduk yang terdengar bunyi dentuman kuat melaporkan
kepada pengawal keselamatan dan beberapa minit kemudian mayat mangsa
ditemui sudah tidak bernyawa lagi.
“Mangsa seorang pendiam dan dikatakan mempunyai masalah
pembelajaran,” katanya, semalam.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur
Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan
kejadian.
Kong Meng berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati
mengejut dan tiada unsur jenayah.Mayat dibawa ke Hopital Pulau Pinang
untuk bedah siasat.-Sinar Harian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 Komen:
Catat Ulasan
Komen yang dianggap mempunyai unsur penghinaan,kata-kata kesat dan yang boleh mengaibkan seseorang akan dipadam oleh Mr. Pensil tanpa sebarang makluman.Jadi, jagalah bahasa anda.Terima kasih.