Khamis, 3 Januari 2013

Zarina Anjoulie Terlibat Dalam Kes Dadah

 Siapa tidak kenal Zarina Anjoulie,walaupun berlakon tidak sehebat mana,namun beliau sering mengundang kontroversi mengakibatkan sering menjadi perhatian pihak media tempatan.

Baru-baru ini dunia hiburan di Malaysia dikejutkan dengan satu lagi kontroversi yang melibatkan Zarina Anjoulie.

Zarina Anjoulie Ahmad, 26 ditangkap polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, selepas didapati memiliki dua biji pil Eramin 5 seberat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan dilakukan.

Bagaimanapun, dia yang ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur yang juga berusia 26 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Zarina dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi dicekup di No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai pada pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

0 Komen:

Catat Ulasan

Komen yang dianggap mempunyai unsur penghinaan,kata-kata kesat dan yang boleh mengaibkan seseorang akan dipadam oleh Mr. Pensil tanpa sebarang makluman.Jadi, jagalah bahasa anda.Terima kasih.