Jumaat, 4 Januari 2013

Tazkirah Jumaat : Jangan Suka Membuka Aib Orang


Assalammualaikum semua,Salam Jumaat dari Mr. Pensil.Kali Ini Mr. Pensil mahu menulis tentang kesalahan yang sering kita sendiri lakukan sehingga membuatkan orang lain terasa dan timbul perasaan benci-membenci iaitu sikap suka menyebut keaiban dan kekurangan orang lain.

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan,malah yang sering melakukannya bukan sembarangan orang tetapi beliau ini seorang ikon.Tidak kiralah ikon dalam bidang politik,dunia hiburan dan para ilmuan sekalipun,sepatutnya mereka mencerminkan akhlak yang baik.

Kali ini,Mr. Pensil bukanlah mahu memberi sedikit tazkirah kepada para ikon sahaja,tetapi kepada semua umat islam agar kita sama-sama mengambilnya sebagai peringatan.

Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita gemar melihat keaiban orang sehingga terlupa keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘kuman seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak’.

Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dapat memperbaiki kekurangannya. Menuding jari mengatakan orang lain tidak betul sebenarnya memberi isyarat diri kita tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari ke orang itu, tetapi empat jari lagi menuding diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, tetapi diri kita lebih buruk daripadanya.

Sebab itu, biasakan melihat keburukan diri sendiri bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak-rabak. Dalam Islam digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihat kejahatan yang ada walaupun kita pernah berbuat kebaikan.

Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Islam menganjurkan umatnya bersangka baik dan berbuat baik sepanjang masa. Sabda Rasulullah, “Cukuplah bagi seseorang keburukan jika ia menghina saudaranya sesama muslim.”

Demikianlah antara pesanan Rasulullah supaya umat Islam sentiasa dalam ruang lingkup kehidupan yang diberkati Allah dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Marilah pada setiap masa mengingati pesan Nabi kita dan jadikan ia suluh pedoman dalam melayari kehidupan di dunia yang fana ini.

Sesungguhnya, peringatan Rasulullah sentiasa sesuai sepanjang masa untuk umat manusia. Hanya kita yang lalai kepada pesanan berharga itu. Kita hanya menyesal apabila kita ditimpa kesusahan atau sakit. Ketika itulah baru hendak mengenali Allah dan ingat Rasulullah. Sebagai mukmin, marilah kita berpegang teguh kepada pesanan Rasulullah s.a.w.

Pesanan Imam Al-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al Ghazali pernah bertanyakan kepada murid-muridnya ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Pesanan dari Mr. Pensil : Islam akan menjadi hebat apabila umatnya bersatu dan umatnya akan bersatu apabila mereka menjaga 'lidah' msing-masing.

Terima kasih kerana membaca dan jika Mr. Pensil ada silap harap ditegur dan maaf jika terkasar bahasa..
Read more ...

Khamis, 3 Januari 2013

Remaja Maut Terjatuh Dari Tingkat 21

GEORGETOWN – Seorang pelajar tingkatan enam tidak sempat menghadiri hari pertama persekolahannya bagi sesi 2013 apabila ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 21 sebuah kondominium di Lebuh Tengku Kudin 2, Gelugor di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi, Cheng Bing Her, 18, ditemui oleh pengawal keselamatan dalam keadaan terbaring berlumuran darah berhampiran kawasan tempat letak kereta.Siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin terjatuh dari biliknya apabila mendapati tingkap biliknya itu berada dalam keadaan terbuka.

Menurut sumber, sebelum kejadian, ibu mangsa menegur dan menasihati Bing Her agar menumpukan kepada pelajarannya dan fokus kepada persekolahan yang bakal bermula.Sumber itu berkata, ketika kejadian semua ahli keluarganya sudah tidur dan kejadian itu hanya disedari selepas mendengar bunyi bising di bahagian bawah perumahan.

“Seorang penduduk yang terdengar bunyi dentuman kuat melaporkan kepada pengawal keselamatan dan beberapa minit kemudian mayat mangsa ditemui sudah tidak bernyawa lagi.
“Mangsa seorang pendiam dan dikatakan mempunyai masalah pembelajaran,” katanya, semalam.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Kong Meng berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.Mayat dibawa ke Hopital Pulau Pinang untuk bedah siasat.-Sinar Harian
Read more ...

Misteri Jam 12 Tarikan Ria fm

 Tatkala pertama kali Mr. Pensil mendengar segment Misteri Jam 12 melalui siaran radio Ria 89.7fm, meremang bulu roma Mr. Pensil kerana cerita yang diceritakan amat seram ditambah pula dengan sound effects dan dj Kc yang membaca cerita yang dihantar pendengar dengan penuh semangat menghasilkan suasana yang menyeramkan.

Tidak dinafilan bahawa pemminat segment radio singapura itu bukan sahaja di singapura,namun diseluruh dunia.Ini kerana,radio Ria 89.7fm kini boleh didengari melalui internet secara langsung.Dengan segment ini, pendengar radio boleh berkongsi cerita mistik yang pernah dilalui melalui email,sms dan talifon terus ke talian misteri jam 12.

Walaupun sudah melangkah ke tahun 2013,namun rancangan misteri jam 12 yang disampaikan oleh dj Kc masih diteruskan.Mr. Pensil juga berharap agar rancangan misteri jam 12 yang disampaikan dj Kc kekal menghiburkan pendengar radio Ria 89.7fm pada jam 12.00 tengah malam sehingga 2.00 pagi kerana Mr. Pensil amat meminati rancangan tersebut.

Kepada sesiapa yang mahu mendengar Misteri jam 12 online,anda boleh masuk link dibawah:
http://www.mediacorpradio.sg/radioliveplayer/asx/ria897/fm897.asx
Read more ...

Wanita Mempunyai Dua Suami

BATU PAHAT – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.
Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.
Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.
Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.
“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.
“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.
“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.
Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.
Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.
“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.
“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.
“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya. – Sinar Harian Online
Read more ...